Sign In
Web Creator

MAJLIS CERAMAH' ISLAM DAN PEKERJAAN' BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

IMG_8871.JPG

Seramai 66 orang terdiri dari Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah menghadiri Majlis Ceramah 'Islam dan Pekerjaan' pada 25 Mac 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Majlis ceramah berkenaan telah disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.


Antara objektif ceramah ini diadakan adalah untuk mempelajari dan memahami bahawa (1) kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang meliputi kerja dunia dan kerja untuk akhirat, (2) kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah SWT dan hamba-Nya untuk memakmurkan bumi ini dan sekaligus pula beribadat kepada Allah SWT Tuhan Pencipta Alam, (3) Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat, keturunan atau warna kult kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah, melainkan kerana taqwanya.


Ceramah ini diharapkan agar dapat mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan dikalangan pegawai dan kakitangan.

DSC04347.JPGIMG_8875.JPGIMG_8866.JPGIMG_8907.JPG

Created at 29/03/2025 8:50 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 29/03/2025 8:50 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //